Monday, November 9, 2009

syair

this syair by pujangga Islam Ilya Ibn Mahdi was sent to hani by tarmizi kassim, one of the sms clans on my birthday

betapa sering engkau mengeluh dan mengatakan bahawa engkau tidak punya apa-apa

padahal bumi, langit dan bintang-bintang disediakan untuk mu
begitu pula laman pertanian
bunga-bunga yang beraneka warna nan harum semerbak aromanya
dan burung-burung merpati yang merdu kicauannya.
air yang ada di sekitar mu berkilauan bak perak dan mentari yang ada di atasmu bak emas menyala

suku nomad di lereng dan puncak bukit membangun khemah-khemanya yang indah
dan adakalanya mereka beralih ke tempat lain

dunia dengan segala keindahanya disajikan untuk mu
maka mengapa engkau bermuram durja
dunia pun tersenyum
maka mengapa engkau tidak ikut tersenyum

jika engkau bersedih kerana kejayaan yang telah berlalu
maka mustahil engkau dapat meraihnya kembali dengan menyesalinya
atau engkau takut tertimpa musibah
maka mustahil engkau dapat mencegahnya hanya dengan bermuram durja
atau engkau telah lalui masa muda mu

maka jangan kau katakan bahawa zaman telah menua kerana sesungguhnya zaman tidak menua

Perhatikanlah

sampai sekarang masih bermunculan dari bumi bebagai tumbuhan yang sangat indah
hingga seakan-akan berbicara kepada mu




No comments:

Post a Comment