Wednesday, April 28, 2010

renungan

dah berkali2 ku ulangi membaca artikel ini .. dan untuk renungan semua ..

Berapa ramai yg sanggup menyuapkan ibunya?
Berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya?
Berapa ramai yang sanggup menggantikan lampin ibunya?
Berapa ramai yang sanggup membersih najis ibunya?
Berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan mencuci kudis ibunya?
Berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya?
Dan akhir sekali
Berapa ramai yang boleh sembahyangkan jenazah ibunya?

Seorang ibu meminta tolong anaknya memcuci pinggan. Tiba-tiba anak itu menghulurkan sekeping kertas lalu si ibu terus membaca.

Kos upah membantu ibu:

1. Pergi kedai - 3 ringgit
2. Jaga adik - 3 ringgit
3. Buang sampah - 2 ringgit
dan seterusnya

Ibu tersenyum dan mengambil sebatang pensel lalu menulis dibelakang kertas yang sama.

1. Kos mengandung dengan penuh dugaan -percuma
2. Kos kesakitan melahirkan umpama telur dihujung tanduk -percuma
3. Kos berjaga malam kerana menjaga - percuma
4. Kos memberi susu ibu - percuma
5. Kos air mata yang selalu menitis kerana mu -percuma
6. Kos kerunsingan dan kebimbangan - percuma
7. Kos menyediakan makan dan minum -percuma
8. Kos pembelajran hingga ke menara gading -percuma

Lalu ibunya menyerahkan kertas tersebut kepada anaknya. Air mata anak berlinangan setelah membaca apa yang ditulis ibunya, lalu memeluk ibunya dan berkata
“ Sayang mama”
Pada muka surat yang sama, si anak menulis
“Sayang mama. Semuanya telah TERBAYAR”

Renungkanlah...

Pada yang masih mempunyai ibu, ambillah peluang berharga ini kerana ia tidak akan kembali lagi.
Peluklah ibu kita selalu. Ciumlah kakinya dan meminta keampunan. Sayangilah dia dengan penuh keikhlasan kerana doa ibu paling mustajab. Apabila mencapai kedewasaan, hulurlah sedikit rezeki yang diperolehi, bukan kerana mereka tidak berwang, tetapi hanyalah sebahagian dari tanggungjawap sbagai seorang anak. mereka tidak meminta apa apa balasan. Keredhaan ibu adalah keredhaan Allah.

Kesenangan, kebahagian dan suami yang baik yang saya perolehi pada hari ini, adalah dengan iringan doa kedua ibu bapa saya walaupun tidak sempat melakukan semua perkara diatas kerana telah perginya mereka yang disayangi dikala usia masih kecil. Setiap doa yang dibacakan dan sedekah yang dihulurkan adalah untuk kebahagiaan mereka disana.
Pernah suatu ketika, dalam keadaan yang tidak diduga, saya berada disisi mak yang sedang menghadapi saat saat akhir dalam hidup. Saya memanggil berulang-ulang kali,lalu mak berkata,‘ Jangan panggil mak...Mak tengah menghadap...Mak dah ampun dosa semua anak mak...’

Ya Allah Ya Tuhanku, Apalah nilainya yang kita ingin berikan kepada ibu sekiranya nilai pengorbanan ibu jauh lebih besar dari apa yang kita hulurkan. Hinggakan saat saat terakhir hidupnya pun masih lagi sempat mengampunkan dan mendoakan kesejahteraan anak-anaknya setelah ketiadaannya kelak. Bukan mudah untuk mendapatkan saat saat terakhir seorang ibu untuk melafazkan kata kata sedemikian disaat pemergiannya. Begitu jugalah dengan harapan saya, sebagai seorang ibu, yang mengharapkan agar dapat melafazkan kata kata sedemikian sebelum pemergian saya kelak.

Sayangi lah ibu selagi hayat masih dikandung badan. Tatapilah ibu selagi masih dihadapan mata.

Your life will be miserable if you don’t honour, love, and respect your mother. This is the fact of life. Remember, your mother is the queen of your heart.

Wasalam.

No comments:

Post a Comment