Tuesday, January 11, 2011

marhaban ..



majlis bacaan yassin dan marhaban oleh kumpulan wanita, kawan2 fardhu ainku telah selamat dijalankan pada pagi jumaat bermula dari jam 10 pagi dan telah diketuai oleh puan hajjah haliza. yang diraikan, aamal telah dijemput turun oleh puan hajjah hasanah, datin seri nuritun dan puan siti norhayati .. beberapa buah lagu dari kelas datin nik telah dialunkan oleh kumpulan kami dengan merdunya dan suara hajjah liza begitu syahdu sekali .. kumpulan marhaban telah sepakat untuk mengenakan jubah abaya hitam dan majlis ini berjaya disempurnakan sebelum pukul 11.30 pagi ..

mereka dijamukan dengan laksam yang telah ditempah khas dari ampang dan kuih2 yang telah dibawa oleh kak faizah; jemputan telah dihadiahkan dengan beg kertas yang berisi beg duit kecil, tasbih dan bunga telur .. tq all for the support

No comments:

Post a Comment