Tuesday, January 11, 2011

solat hajat & berinai kecil











cek dan ayah telah selamat sampai di pondok kami seminggu lebih awal .. aya & famili tiba pada hari rabu dengan pesawat manakala ana & keluarga sampai pada petang khamis setelah seharian berada di jalan raya .. anak bongsu ku aqeel tiba dari asrama setelah selesai menjawab electrical papernya ..

hari khamis, selepas isyak dengan dihadiri oleh kawan2 terdekat telah diadakan solat hajat yang telah diimamkan oleh imam muda masjid bdr country homes, ustaz hanif ahmad. doa dipinta agar majlis pernikahan dan persandingan antara aamal dan najmi dapat dijalankan dengan sempurna dan dalam cuaca yang baik .. jamuan ringkas seperti sate, nasi impit dan kuah kacang serta kueh mueh telah dihidangkan ..

majlis berinai kecil telah dimulakan oleh cek, ibuku sebelum disusuli oleh kak melini, kak asiah, kak faizah dan cikgu sharifah. aamal telah memilih untuk berinai secara tradisional dan inai telah disediakan oleh kak asiah di rumahnya .. terima kasih semua

No comments:

Post a Comment